Caption 1.1 Ibunda tercinta.Tiada bantuan wang ringgit atau keringat yang aku pohon kepada siapa yang baca akan entry ini yang telah aku post kan.
Aku hanya meminta bantuan doa dari kalian.
Indahnya Berkongsi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hadirin dan hadirat sekalian. Macam nak bagi ucapan je intro entry aku. Aku punya suka. Dah lama dah tak update blog sampah ni. Kenapa aku cakap blog ini sampah? Kerana nama blog ini adalah 'birapantai'. Bira di dalam loghat Terengganu(loghat atau bahasa aku pun tak pasti!) bermaksud tepi. Jika kita semua melihat tepi-tepi pantai sekarang,ia dipenuhi sampah. Adakah aku cuba mengempen tentang kebersihan alam sekitar? Aku pun tak tahu kerana aku bukanlah pegawai alam sekitar ataupun pegawai kesihatan. Pegawai alam sekitar wujud atau tidak dalam skop pekerjaan pun aku tak tahu. Ini kerana,aku tidak pernah ambil tahu.
Kenapa aku tidak ambil tahu? Aku punya suka. Walaubagaimanapun,aku ambil tahu tentang keadaan pantai di tepi rumah aku. Ia kadang-kadang kotor dan kadang-kadang bersih. Jika bernasib baik,aku harap ia akan kekal bersih. Ini kerana,aku membesar di sekeliling nya. Aku sayang pantai itu. Walaupun aku bukan seseorang yang berkait rapat atau renggang dengan Jabatan Alam Sekitar,aku harap kita sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar.
Anyway,aku ada gambar baru untuk korang. Aku tak tahu siapa 'korang' yang aku maksudkan. Tapi sememangnya ia ditujukan kepada siapa-siapa yang baca.
Caption 1.1 Kayuhan hidup.
Caption 1.2 Kayuhan Hidup 2.
Caption 1.4 Kuda putih CBX750.
Caption 1.5 Merenung apebende ntah.
Caption 1.6 Sudah tentu tarik tali.
Aha. Kembali berfotografi. Setelah mencari sudut-sudut sesuai untuk dipotretkan di dalam blog aku ini,aku telah terpanggil untuk menziarahi Pantai Teluk Ketapang. Walaubagaimanapun,lokasi ini sedikit tersorok daripada orang ramai. Menunggu waktu terbenamnya matahari di sana adalah suatu aktiviti yang sangat menarik(kelakar pulak bila aku baca ayat ni). Melihatnya juga adalah suatu perkara yang sangat mengasyikkan. Sungguhpun begitu,aku masih balik ke rumah untuk solat Maghrib. Asyik-asyik juga,jangan sampai lagho dan leka. Tak gitu Pok Mat?
Pok Mat mane yang aku cakapkan ni?
Ha. Misteri gitu. Pok Mat yang misteri. Aku dah snap sedikit gambar-gambar yang aku rasa menarik. Kalau korang rasa tak menarik,sila bagi maklumbalas. Aku nak improve jugak skill aku. Kan. Sebenarnya aku dah godek-godek pelbagai laman web berkaitan fotografi ni. Tapi masih tak reti-reti jugak. Lagipun,aku pakai kamera handphone je. Haha.
Caption 1.3 Isyrak Pantai Airport Juzuk 3
Caption 1.4 Isyrak Pantai Airport di samping model sambilan 1.
Caption 1.5 Isyrak Pantai Airport di samping model sambilan 2.
Caption 1.8 Ntah apa-apa.
Entry aku kali ini adalah tentang kehijauan. Kehijauan dan sememangnya tidak kebiruan. Kenapa tidak kebiruan? Aku malas nak mengarut panjang-panjang sebenarnya. Apa yang aku nak ketengahkan di sini adalah aku terambil sedikit gambar tentang benda yang hijau. Aku sebenarnya tersangat fanatik dengan benda-benda hijau ni. Alah,kias-kias macam tu la kan. Paham-paham la. Akan tetapi,walaubagaimanapun,benda hijau yang aku ambik ini terdiri daripada kalangan-kalangan mereka yang bergelar tumbuhan. Pikir politik la tu. Wakaka. Tolong tinggalkan sedikit komen selepas anda menghayati semua gambar di bawah. Your feedback is very important in improving my skill.
<
Caption 1.5 Tak tahu apa.
Perlindungan adalah suatu perkara yang diperlukan oleh manusia. Mengapa aku cakap macam tu? Kerana perlindungan,melindungi,dilindungi adalah suatu fitrah yang wujud,ciptaan tuhan yang dikurniakan kepada kita manusia. Yang kecil dilindungi oleh yang besar. Yang muda dilindungi oleh yang tua. Kadang-kadang,keadaan boleh berubah bilamana seseorang semakin tua dan meningkat usia,keupayaan mereka dalam melindungi diri semakin berkurang. Risiko mereka mendapat bahaya semakin meningkat. Oleh yang demikian,mereka mengharapkan kepada yang muda iaitu anak-anak,saudara-mara mereka untuk melindungi mereka daripada marabahaya. Wah. Serius aku kali ni.
Merenung luar jendela.
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (al-A’raf: 26)
Islam sememangnya tidak menetapkan pakaian apakah yang patut dipakai ,tetapi Islam menetapkan cara panduan,garis panduan bagaimanakah Muslimin dan Muslimat seharusnya memakai pakaian. Antara garis-garis panduan yang disyariatkan adalah seperti menutup aurat untuk Muslimin dan Muslimat,tidak menzahirkan tubuh badan bagi Muslimah,iaitu tidak nipis dan ketat,warna yang tidak menarik perhatian lelaki,kerana wanita sememangnya sentiasa menjadi perhatian lelaki,dan yang terakhir,tidak terlalu berwangi-wangian.
Apa yang disyariatkan Islam ini adalah sebagai perlindungan terutamanya kepada Muslimah. Ini kerana,terdapat pelbagai faedah yang dapat diperolehi kepada siapa yang mengamalkannya. Sebagai suatu contoh,lelaki tertarik kepada wanita yang berwangi-wangian,oleh kerana itu,Islam melarang mereka berwangi-wangian.
Walaubagaimanapun,umat Islam sendiri tidak sedar dan tahu mengenai perlindungan yang disyariatkan Islam ini. Ini kerana mereka tidak nampak. Kenapa mereka tidak nampak. Tanyalah mereka sendiri.
Selain itu,ada yang mengatakan bahawa Islam mengongkong kehidupan wanita. Ini sememangnya tidak benar kerana Islam melindungi wanita dengan pensyariatan tudung. Ada juga yang bertudung,tapi oleh kerana fesyen,'tudung' mereka tidak dijadikan suatu perlindungan dari terdedahnya aurat dan menunaikan yang wajib,tetapi sekadar alat untuk berhias yang sekaligus menyebabkan ada di antara mereka yang menjadi mangsa fesyen. Ini benar,dan ianya terjadi. Dan ia menyebabkan kita geli hati.
Kesimpulannya,jika kita lihat pada zahirnya,menutup aurat adalah suatu kewajipan dan syariat daripada Allah dan ia sememangnya membawa banyak faedah kepada mereka yang mengamalkannya. Sebagai suatu perbandingan,lihat gambar di bawah. Yang tertutup lebih selamat dari yang terdedah.

Hujan turun sangat lebat. Hujan membuatkan aku nak tidor. Akan tetapi,hasrat aku ingin tidor terbantut kerana aku perlu ke bandar Kuala Terengganu untuk membayar saman. Aku sudah kena saman baru-baru ini oleh Trafik Cawangan Kuala Terengganu. Oh. Sedihnya hidupku. Hidupku sentiasa diselubungi saman. Adakah saman sinonim dengan hidupku? Aku tak tahu kerana aku bukanlah seorang polis trafik. Akan tetapi,polis trafik pun jika ditanyakan kepada mereka perihal ini,sudah tentu mereka akan menggelengkan kepala ataupun mengatakan yang mereka tak tahu. Bercakap tentang polis trafik,mengingatkan aku kepada beberapa fakta.
