Cerita Nasi.

Ehem-ehem. Gua batuk. Buat-buat batuk. Biar orang nampak gua nak masuk kedai. Itu hari gua makan nasi dagang, ini hari gua mahu makan nasi lemak. Biasa, selera pelu bertukar, kalau tak macamana nak berpoligami. Kan?

"Mak Lijah, nasik lemak satu, telor goreng, tak nak kacang eh."

Mak Jah terpaku. Matanya macam nak menangis. Gua tak paham kenapa lantas gua bertanya.




"Kenapa ni Mak Lijah?", tenang gua menyoal.

"Aku dah tak boleh jual nasik lemak, kerajaan marah, unibersiti."

Mak Lijah menjawab dengan matanya berair macam nak menangis. Gua sayu dalam tak faham.

"Unibersiti apa benda pulak ni Mak Lijah?"

Gua bertanya lagi, masih tidak dapat tangkap. "Ah, Susah betul nak tangkap apebende Mak Lijah ni cakap, macam nak tangkap kera." Detik gua dalam hati gua yang bertaman indah ini. Gua sebut dalam hati saja, namun Mak Lijah macam dapat mendengar apa yang gua bebelkan. Kecut perut.

"Ape ke bengap lah engkau ni, itu nama penyakit gemuk melampau dalam bahasa orang putih."

Gua menyirap. Tidak lagi sayu.

"Obesiti, obesiti lah, bukan unibersiti, ape ke jumudnya orang tua ni."

Gua angkat kaki, oh ya, sebelum terlupa, gua buat-buat tanya orang sebelah.

"Kedai makan selain daripada kantin sekolah pun tak boleh jual nasi lemak ke?"

Pandai gua buat-buat tanya. Pandai juga yang menjawabnya.
 

"TAK."

*Nota kaki : Menteri Kesihatan tak pernah makan nasi lemak agaknya. Itu sebab nasi lemak boleh jadi haram buat kantin sekolah. Gua peduli apa, nasi lemak dari kecil gua bantai, tak gemuk-gemuk. Bangsat apa itu macam?

Cerita Mulut.

Pagi indah, gua keluar mencari makan di warung Mak Lijah. Dengar kata nasi dagangnya sedap. Kalau tak sedap pun gua peduli apa, asal gua kenyang. Berbekalkan wang RM5, gua menapak dengan girang.

Sesampainya di warung, gua lihat ramai orang berkerumunkan sebuah meja, khusyuk mendengarkan ceramah daripada salah seorang penduduk kampung gua yang glemer, Pak Rodi namanya.


" Alah, setakat buat rumah macam tu, nak bangga apanya. Aku pun boleh lah! "


Jerkahan Pak Rodi menghingar-bingarkan lagi suasana di warung Mak Lijah. Gua hanya terdiam, hendak kata gua tertarik, haram gua tak tertarik. Gua tahu, Pak Rodi kalau masuk bab bercakap besar, memang beliaulah juaranya. Bercakap besar, mulut busuk, semua itu bidang beliau.

" Kau tengok kereta anak aku tu, bayar bulan pun dah dekat seribu, kalau nak suruh dia buatkan rumah untuk aku sebijik pun senang jelah. "

Gua terus diam, menunggu detik sesuai untuk gua bersuara. Gua ini umpama seekor singa, hanya menyerang apabila tibanya waktu yang sesuai, gua bukan dubuk, musang ataupun rubah. Pak Rodi barulah kera. Itu gua pasti. Melihat lubang hidungnya yang besar itu, gua sering terbayangkan kera-kera di hutan, ditambah mulutnya yang suka menghina dan busuk lagi berpuaka itu.

" Dah lewat ni, aku pun dah nak balik ni, orang rumah tak suka duduk kedai lama-lama, buang masa katanya ! Kah Kah Kah! "

Dalam keadaan mengunyah nasi dagang Mak Lijah, gua tersenyum, memikirkan masa bersuara hampir tiba.

" Lijah, masuk buku ye ! Nanti aku bayar balik !

Arahan Pak Rodi dibalas oleh penyataan gua dengan tenang dan bersahaja.

" Cakap besar nak buat rumah, duit makan tak boleh bayar, besar taik daripada punggung. "

Pak Rodi diam, kemudian diacungkan penumbuk ke arah gua. Gua hampir-hampir tercekik nasi.