Pernah Lihat Soap?

Pernah lihat SOAP? Bukan sabun lah. SOAP. Takkan tak pernah tengok? Sebenarnya aku pun baru tengok mende ni. SOAP adalah sebuah rancangan television popular Amerika yang berbentuk sitkom di mana ia disiarkan oleh rangkaian syarikat penyiaran ABC sekitar tahun 1977 hingga 1981. Sitkom ini tersangatlah kelakar bagi aku. Walaupun aku masih tidak dilahirkan oleh ibuku pada tahun ia disiarkan, namun aku terjumpa sedutan-sedutan dari rancangan ini sewaktu aku menggodek-godek You Tube. Pada mulanya, aku mencari video-video klip yang memaparkan aksi-aksi ventriloquist. Bermula dari Terry Fator, Jeff Dunham, dan kemudian Jay Johnson. Oleh kerana Jay Johnson ni lah aku terjumpa rancangan SOAP ni. Jay Johnson membawa watak Chuck dalam rancangan sitkom pupular Amerika ini. Chuck adalah seorang ventriloquist yang taksub dengan patung-patungnya.



Dan patung-patungnya sememangnya kelakar. Billy Crystal muda lagi dalam rancangan ni.


Ini video pertama yang aku lihat ketika aku mula-mula gatal hati ingin mengenal rancangan SOAP.



Apa yang kelakarnya?

Aku rasa video ni kelakar bila bapak dengan abang dia macam terkejut dengan kebolehan Bob(patung Chuck) meneka ashtray dan buah epal tanpa melihatnya. Sedangkan Chuck yang tengok. Ape ke bengap lah bapak dia dan abang dia. Haha.

Dah nama cerita. Takkan la bengap betul. Kena la buat-buat bengap mungkin. Kan? Lainla kisah benar. Mungkin bengap betul.

Ini pulak video yang kelakar jugak. Memaparkan kefanatikan Chuck dengan patungnya. Haha.



Kelakar campur bangang. Resepi terbaik melariskan rancangan.

Ayah Pesan.

Ayah aku selalu memesan aku dengan nasihat. Banyak nasihat yang aku dapat dari mulut dia. Walaupun ayah seorang yang 'direct to the point', namun segala nasihat yang diberi amat kena pada tempatnya. Sekali terkena, selamanya terasa. Dan biasanya, ayah aku selalu memberikan nasihat sewaktu makan pagi. Oleh kerana aku kadang-kadang tidur selepas Subuh, aku tidak sempat mendengar nasihat daripada ayah aku. Walaubagaimanapun, nasihat-nasihat dan pesanan-pesanan ayah aku biasanya akan diulangtayang pada waktu Maghrib pula. Mujurlah ada sistem rancangan ulangan di dalam hierarki keluarga aku. Jadi aku masih tidak ketinggalan. Walaupun ketinggalan, namun aku masih sempat mengejar. Walaupun aku mengejar dengan lambat, aku masih mengejar. Dan dengan izin Allah, aku pasti akan sempat.

Sebenarnya, aku suka untuk berkngsi dengan kamu semua nasihat-nasihatnya. Bukan dikongsi dengan karangan, tetapi dengan seloka. Ayah aku hanya memberi nasihat dengan menggunakan loghat Terengganu sahaja. Tidak pernah walau sekali menggunakan bahasa baku. Apatah lagi berseloka, berpantun, bergurindam dan ber-ber yang lain. Aku sengaja menggatalkan diri.

Ayah Pesan.

Ayah selalu berpesan padaku.
Tentang sembahyang jagalah kamu.
Tiang agama itulah perlu.
Ditinggal akannya rosaklah dirimu.

Ayah selalu berpesan padaku.
Sabarlah kamu dalam hidupmu.
Masalah mendatang barang yang tentu.
Sebaliknya hikmah sedia bertamu.

Kepadaku selalu ayah berpesan.
Berhatilah kamu dalam berkawan.
Yang buruk itu diikut jangan.
Baik itulah perlu ditawan.

Kepadaku selalu ayah berpesan.
Jangan diikut nafsu dan syaitan.
Waima kamu di luar lingkungan.
Al-Quran dan Sunnah itu pegangan.

Kepadaku berpesan akan ayah.
Hidup ini nak bukanlah mudah.
Jangan percaya dunia yang indah.
Kelak dirimu tertinggal ibadah.

Kepadaku berpesan akan ayah.
Hendaklah dijaga akan amanah.
Bahawa jangan dibuat mudah.
Kelak hidupmu dikunjung padah.

Berpesan ayah bersungguh hati.
Jangan menyombong meninggi diri.
Harta yang banyak tidak bererti.
Jika akhlakmu tidak berperi.

Berpesan ayah bersungguh hati.
Hendaklah kamu menjaga diri.
Bersedialah kamu hadapi mati.
Kerna itulah barang yang pasti.

Pesan ayahku bersama kasihnya.
Sabarlah kamu dalam bercinta.
Jangan terburu mengikut hawa.
Kelak merugi diri merana.

Pesan ayahku bersama kasihnya.
Hatimu itu adalah raja.
Terlalu diikut kamu sengsara.
Gunakan akal jadikan batasnya.

Birapantai.
26hb Mei 2010.

Aku Terkenang Dulu-Dulu.

Bila aku duduk mengelamun di depan rumah aku, aku akan ingat kenangan lama. Mungkin tidak beberapa lama kemudian,aku akan teringat kisah lama-lama. Rentetan dari kisah lama-lama,aku akan teringat pula pada filem lama-lama. Tak lama kemudian, aku akan mengenang kembali rancangan television yang lama-lama punya. Lama selepas itu, akan timbul pula kenangan dan ingatan aku terhadap iklan lama-lama. Sebenarnya aku suka sangat tulis ayat 'lama' malam ni. Macam klasik gitu. Kan.

Baru-baru ini,aku godek-godek YouTube. Baru saja godek-godek sekejap, aku terjumpa benda baru bagi aku, lama bagi orang lain. Benda ni. Hihi.



Ini iklan Axion. Yang kelakarnya bila aku tengok iklan ni, bila aku tengok Rosnah Mat Aris. Kelakar betul. Iklan ni bila aku balik PASTI, pasti aku tengok. Macamana aku boleh teringat zaman PASTI aku bila tengok iklan ni pun aku tak tahu. Tapi yang pasti, aku masih ingat lirik dia.

"Kan abang dah kata Axion namanya."

Bini dia pulak jawab,

"Axion ke Asiah?"

Kelakar kan. Tapi sentimental.



Yang ini pulak iklan Planta. Anne Ngasri kecik lagi masa tu. Aku lagi la kecik. Kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Kenapa aku bersajak pulak ni? Eh, berperibahasa.



Korang semua mesti ingat lagu susu Cap Bendera kan. Sekarang aku rasa dah tak ada kot susu ni. Yang ada suma susu-susu baru. Dulu susu Cap Bendera ni punyalah masyhur. Sampai kedai aku pun jual. Aku ingat lagi susu ni. Tin susu ni aku dah tak ingat sangat dah design dia macamana. Tapi susu ni memang top la zaman dulu-dulu. Sentimental betul.



Haaaa. Ni pulak iklan Juicy Fruit, Linda Jasmine muda sangat lagi masa ini. (Kuat betul taukid aku dekat situ, semata-mata nak nyatakan si Linda ni cantik). Tapi sekarang pun masih lagi cantik. Entah-entah Que Haidar minat dia pun sebab iklan ni. :P

*Gurau sahaja*



Yang ini iklan jaga kebersihan. RTM siar dulu ni. Suara latar yang dalam iklan ni, lama dah aku tak dengar. Bila dengar balik, sentimental menyerang qulubku. Ah.



Ini iklan punya, aku rasa macam ingat tak ingat dah. Kelakar betul.



Ini iklan, aku rasa tak ada siapa pun yang tak ingat. Tapi kalau ada, mungkin aku tak tahu. Iklan ni, mase kecik-kecik dulu, punyala stail aku tengok mamat yang jadi Trojan tu. Tapi sekarang, bila aku tengok, aku ketawa depan laptop aku sambil kekejangan. Kelakar. Tiba-tiba je bapak dia pakai tong sampah. Kelakar butul.


Yang ni pulak bukan iklan. Rancangan television dulu. Sebenarnya aku sengaja tampal benda ni. Sebab suka tengok Louisa Chong masa muda. Tapi yang jadi Nyonya Mansor tu, Dee. Lelaki dia ni. Sampai sekarang pakainya macam perempuan. Kesian. Mintak Allah buka pintu hati dia pakai pakaian lelaki balik. Tapi yang aku tak boleh nak tahan ketawa, bila dia tanya anak dia.

"Lekas bilang sama aku,siapa Kassim Selamat itu? Peguam? Majistret? Buruh? Kaki ragut? Bla, bla, bla....."

Aku pun dah tak ingat.





Sebenarnya aku cari iklan Adabi, tapi terjumpa yang ini. Bedal aje lah. Tapi macam kelakar jugak budak-budak ni.Siap miming lagi lagu Adabi.

Kesimpulannya, aku suka tengok iklan lama-lama. Mungkin sebab semua benda lama ni, ade sentimental value dia. Bila aku tengok iklan-iklan ni, aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Dari zaman PASTI, sekolah rendah, sekolah menengah, sampai sekarang. Dan aku dapat ingat macamana hubungan aku dengan keluarga aku dulu macamana bila tengok semua ini. Masa aku kecik-kecik, aku mungkin rapat dengan ayah. Tapi sekarang,aku makin renggang dengan ayah. Mungkin dengan iklan-iklan ini, aku boleh kembali ke zaman dulu-dulu.

Zaman aku masih dalam ribaan kasih sayang ayah. Dan ibu. Sentimental beb.