Cara Membuat Text Area (Kawasan Bertulis)

Alhamdulillah. Setelah lama betul tidak diupdate,akhirnya birapantai kembali lagi beraksi di layar perak. Wakaka. Baru-baru ni aku diganggu dengan pertanyaan oleh seorang yang poyo zaman sekolah aku dulu. Aku dah tak ingat samada aku ataupun dia adalah poyo. Tapi hati kecil aku mengatakan aku adalah poyo. Tapi biarlah,ada aku kisah? Bagi aku dia tetap penjahat,penyangak,poyo. Tapi dia tetap kawan aku. Aku suka berkawan kerana masa kecik dulu aku suka baca buku KAWAN. Korang baca tak buku tu? Jauh dah aku mengarut ni.

Okeh,Beliau bertanyakan aku sedikit tutorial. Mula-mula,kat shoutmix saja. Tetapi,sikap ingin yahu beliau yang keterlaluan itu telah berlarutan sehingga terbawa-bawa ke arah SMS. Oleh sebab susah terang ikut SMS,aku buat tutorial la senang. Kalau tak aku pun tak buat tutorial ni. Pagi-pagi lagi aku dah buat. Sebab pagi je banyak masa nak berblogging.

"camne nak wat?" / "nak wat testi ekad yg ada code tu"

Itu adalah di antara pertanyaan daripada penyangak tersebut. Sori bro,gua gurau saja. Kat shoutmix tu ada lagi. Saje nak test blockquote.Wakaka.:puteh_13:

Okeh.Kita akan belajar cara nak buat TEXT AREA. Firstly,atau dalam Bahasa Melayunya,mula-mula,aku bagi cara nak buat text area jenis ni.Jenis yang agak mudah. Cuma perlukan anda copy kode ni,dan pastekannya sewaktu anda ingin memposting.

<textarea name="code" rows="6" cols="20"> TULISAN ATAU KODE YANG ANDA INGIN TUNJUKKAN DALAM TEXT AREA ITU DITULIS DI SINI </textarea>

Dia akan jadi macam ni.

Itu jenis yang pertama. Bagi jenis yang kedua,yang macam aku punya,iaitu text area yang mempunyai highlight. Yang ni pun sama sahaja,korang cuma perlu copy dan pastekan di bawah gambar atau apa saja yang korang nak buat sewaktu ingin memposting. Tapi bezanya dengan yang pertama tadi,ia ada simbol 'highlight all' sahaja.

<textarea style="WIDTH: 300px; HEIGHT: 144px" name="txt" rows="100" wrap="VIRTUAL" cols="55"> TULISAN ATAU KODE YANG ANDA INGIN TUNJUKKAN DALAM TEXT AREA ITU DITULIS DI SINI </textarea>

Dia akan jadi macam ni.

Kalau korang,kamu,antum,anda nak ubah lebar,tinggi text area ni,ubahla sendiri. Aku tak nak masuk campur,bukan masalah aku. Tapi kalau rasa tak reti nak ubah,jangan ubah,nanti tak menjadi,susah. Kalau nak ubah perkataan simbol highlight tu,korang boleh ubah dengan kode dia. Ni kode dia. Cari kode dia dalam kode yang aku bagi tu,kemudian tukar. Satu lagi,cari dalam kode text area jenis yang kedua,yang satu tak ada smbol 'highlight all',nak cari buat apa.

Value="Highlight All"

Korang cari lah dalam kode yang aku bagi tu.Apa-apa masalah,request la ye.
Calo Bete.