Tak Dipermudahkan.

Dalam dunia ni, banyak benda yang mudah. Banyak jugak benda yang susah. Tapi aku tak tahu, mana lebih banyak, benda mudah atau benda susah. Aku sendiri terpikir-pikir yang mana lebih banyak di antara dua benda ini.

Bila berhadapan dengan benda susah, biasanya, adatnya, untuk menghadapi dan melakukannya semestinya susah juga. Besesuaian dengan benda yang ingin dihadapi, benda susah, jadi sudah tentu untuk menghadapi dan melakukannya juga susah. Namun apabila berhadapan dengan benda yang mudah,tak semestinya kita akan dapat menghadapinya atau melakukannya dengan mudah juga. Berlawanan dengan konsep benda susah, benda mudah ini biasanya ramai orang terlepas pandang akan kemudahan yang wujud pada benda tersebut.



1) Doa bangun tidur.
Mudah. tetapi untuk melakukannya, seakan payah. Hanya beberapa saat diperlukan, selesai. Hal ini bukan hanya terjadi kepada kalian-kalian yang membaca post aku ini. Tetapi juga berlaku pada aku.

2) Diam.
Mudah. Hanya dengan menutup mulut, kita bisa diam. Tetapi hal ini payah dilakukan bagi aku. Kalian yang membaca aku tidak tahu. Kerana mulut kalian bukanlah mulutku.

3) Berzikir.
Mudah sekali. Hanya dengan bertakbir, sudah dikira berzikir. Tetapi jarang sekali aku dapat melakukannya kecuali selepas sembahyang jemaah, hanya jika pak imam mengalunkan zikir bersama, atau ketika bertahlil, etc.

Aku mempunyai banyak lagi contoh, tetapi aura pagi membuatkan hatiku meronta-ronta untuk menyambung tidur barang seketika. Aku rasa jawapan bagi pertanyaan aku di atas adalah simple sahaja. Kita tidak dipermudahkan oleh Allah.