Jari jemarinya kemas merenggut tangan saya. Saya hanya tersenyum memandangnya yang sudah lanjut usianya itu. Kedutan zaman yang berlegar-legar di sebalik pipinya yang merah seperti kelopak mawar suatu dulu jelas kelihatan. Matanya pun sudah tampak kekuning-kuningan, jauh sekali berkaca sewaktu dia masih anggun berblaus hijau cair, berbaju putih lengan panjang disarung cardigan gelap yang biasa dipakai sewaktu mudanya dahulu.
Saya gosok wajahnya, saya elus lembut rambutnya yang kini semuanya putih. Berapa ya? Otak saya berfikir cuba mencari bilangan tahun saya habiskan masa dengannya. Dia tersenyum lagi. Senyumannya lembut, sama manis seperti waktu mudanya. Saya mengalihkan pandangan ke arah sisi jendela, sebingkai gambar menoreh otak saya, umpama mengisyaratkan saya suapaya kembali berfikir.
Berfikir jauh ke 20 tahun masa yang lepas.
Mungkin 40 tahun yang lepas.
Namun saya tidak mampu.
Saya hanya mampu berfikir tentang satu perkara sahaja; bagaimana harus saya habiskan hidup saya dengannya untuk masa yang tinggal sedikit sahaja berbaki ini. Saya harus habiskan masa bersamanya dengan penuh hemat. Apa masih adakah lagi masa untuk saya bersama dengannya? Adakah masih lama masa itu? Antara kami, siapa yang bakal pergi dahulu? Adakah saya? Saya tak mahu tinggalkannya terkontang-kanting!
Atau adakah dia yang bakalan pergi dahulu? Itupun saya enggan! Saya enggan keseorangan!
Saya elus lagi rambutnya. Saya rangkul bahunya.
Kami terbang lagi, dipandu cinta.
Pasca PRU-13
Dahulu mereka gelupur, meraih cinta kita.
"Bangkitlah Melayu!" "Melayu perlu bersatu!"
Itu jerit mereka, hingga berbuih-buih;
sewaktu ambang pilih memilih.
Sekarang mereka masih begitu.
Cuma ditambah! "Apa lagi Cina mahu?"
atau lebih pedih, dibilangkannya:
"Tsunami Cina!"
Sibuk terwar-war, di mulut mereka;
kekal berbuih; di era pasca pilih-memilih.
Anehnya dahulu, mereka ini kaya.
Hartawan pemanis mulut. Tegar menjaja:
"GongXi Raya!" "DeepaRaya!"
Terbaharu - "Satu Malaysia!"
Tapi mereka sendiri kini menajisi,
apa yang keluar mulut sendiri.
- Pasca PRU-13, 8 Mei 2013.
"Bangkitlah Melayu!" "Melayu perlu bersatu!"
Itu jerit mereka, hingga berbuih-buih;
sewaktu ambang pilih memilih.
Sekarang mereka masih begitu.
Cuma ditambah! "Apa lagi Cina mahu?"
atau lebih pedih, dibilangkannya:
"Tsunami Cina!"
Sibuk terwar-war, di mulut mereka;
kekal berbuih; di era pasca pilih-memilih.
Anehnya dahulu, mereka ini kaya.
Hartawan pemanis mulut. Tegar menjaja:
"GongXi Raya!" "DeepaRaya!"
Terbaharu - "Satu Malaysia!"
Tapi mereka sendiri kini menajisi,
apa yang keluar mulut sendiri.
- Pasca PRU-13, 8 Mei 2013.