Sibuk atau Buat-buat Sibuk.
Sibuk atau buat-buat sibuk. Sibuk ini ada baiknya, sibuk ini ada buruknya. Semacam buat-buat sibuk, padanya ada pro don kontra. Kenapa aku bercakap tentang sibuk dan buat-buat sibuk? Sebab aku hairan bila aku sibuk, masih ramai lagi orang sibuk daripada aku. Aku sudah dapat merasakan, alangkah sibuknya aku, tapi aku pening bila melihat kawan-kawan ku lebih ramai yang sibuk daripada aku. Bila aku hairan, aku terfikir, mungkin mereka tak sibuk, tapi mereka sengaja buat-buat sibuk, sebab itu mereka selalu nampak macam sibuk. Jadi, buat-buat sibuk terdorong dalam punca mengapa diri sibuk.
Bila kita bercakap tentang sibuk, pasti ada istilah bahasa Melayu yang bunyinya digelar orang ramai dengan istilah 'penyibuk'. Sibuk ini seumpama kata kerja. Jika di dalam bahasa Arab, sibuk seumpama fe'el. Dan apabila kite bentukkannya menjadi fa'il, maka akan keluarlah perkataan 'penyibuk'. Adapun pada makna istilah perkataan ini dalam konsep Bahasa Melayu adalah tersangat jauh dari maknanya. Jika kita amati secara zahir, jika diberi perkataan 'kerja', kemudian dibentuk maknanya menjadi 'pekerja', maka kita akan tahu bahawa makna 'pekerja' adalah orang yang bekerja. Adapun pada perkataan 'penyibuk', maksudnya bukanlah orang yang sibuk, akan tetapi maksudnya adalah buruk sekali jika ditakrif.
Apa maksudnya?
Maksudnya adalah orang yang suka mencampuri urusan orang lain. Tidak kiralah dalam apa jua benda sekalipun, mereka yang suka jaga tepi kain orang, adalah penyibuk. Maksud menjaga tepi kain orang di sini bukanlah kelihatannya seperti memegang kain orang lain waima kain pelekat atau kain sarung, kemudian menjaganya dengan tekun. Itu sama sekali bukan, kerana meeka yang berperangai demikian adalah orang yang lagaknya seperti aneh. Bukan ya anak-anak, bukan.
AKU SEBENARNYA TAK TAHU NAK TULIS APA.
Aku agak frust dengan kadar pengetahuan Bahasa Melayu ku bila anak kecil bertanyakan aku makna serius dalam Bahasa Melayu. Terkebil-kebil.
No comments:
Post a Comment