Anak Kunci.

Allah boleh bagi kita ujian dengan pelbagai cara. Antaranya, hilang barang. Antara sub-contoh bagi hilang barang, hilang anak kunci. Anak kunci ni bukan sebarang kunci. Secara detailnya, anak kunci bilik.

Kan meletup tu bila dengar.

Mula-mula, kita usaha cari dulu. Pergi balik bilik member kita tempat kita main-main anak kunci tu, kita cuba cari. Kalau tak jumpa, bertenang. Kita cuba telusuri balik, jalan-jalan yang pernah kita lalu sepanjang kita memegang anak kunci bilik kita sepanjang malam kejadian tersebut. Kalau tak jumpa jugak, bertenang. Kita tanya member kita, kalau member kita tak nampak, kita bertenang. Kita tulis dalam belog buat tenang hati.

Kalau tak tenang jugak, kita ambil wudhuk, sembahyang hajat, kemudian kita tidur. Kalau tak sembahyang Isyak lagi, kita sembahyang dulu.

Esok pagi, kita pergi opis mahallah, kita repot nak kunci baru.

Kita bayar saman RM50 dekat pegawai opis, then, kita balik ke bilik kita dengan kunci baru. Sampai kat bilik, kita boleh tekup kepala kita dengan baldi, dan kita boleh menangis celah katil tanda protes. Boleh juga cuba cara meluahkan hati terhdap serangga. Semut kurang menjadi sebab semut tak endahkan kita kerana terlalu sibuk dengan tugasnya. Untuk hasil yang berkesan, cuba luahkan terhadap rama-rama atau kupu-kupu, terutamanya waktu malam ketika mereka menghurung lampu. Mereka akan bersikap pasif dan sentiasa mendengar.

Selepas itu, dalam selang 2 minit, kita boleh bilang dekat hati kita, "Ya Allah, ampunkanlah dosa aku sebab cuai dalam menjaga hak milik aku."

Insyallah semuanya akan kembali berjalan lancar dalam masa sehari.

Allah itu bersama kita, senang dan susah. Tapi ingat, jangan jadi Firaun, time nak lemas je baru nak ingat.

Okay, sekian.

2 comments:

Ahmad Kamal Hafizullah Bin Sidek said...

wanne pih?kunci juppe smula selepas buat hok baru?

Mat Pih said...

dok. dok pah sudohhhh. seminggu doh cari.

Post a Comment