Bertanya Pada Yang Wajar.

Ini bukan soal sembang kosong. Ini perkara lojik. Lojik yang masuknya, keluarnya daripada akal. Diterima akal kita yang hebat ini. Dikeluarkan juga daripada akal kita yang hebat ni. Akal yang Allah buat untuk membezakan kita dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Lain orang, lain fikrahnya, lain ideologinya, lain syakhsiyyahnya, lain akhlaknya, dan lain 'cara dia jawab soalan'.

Kalau kita nak bertanya, kena tanya pada yang wajar.

Jangan tanya pada orang yang tak wajar. Contoh tak wajar ni antaranya adalah macam orang yang tak tahu jawapan untuk soalan yang ditanyakan orang padanya, tapi gatal nak jawab. Kompom-kompom salah kan? Tapi yang bertanya nak tanya jugak. Katanya, 'tak tahu pulak dia tak tahu jawapannya.' Dah tu kita carilah yang kompom-kompom tahu.

Itu satu, yang kedua, orang yang bukan daripada bidang soalan yang ditanyakan padanya, tapi gatal jugak nak jawab. Kerjanya kimpal besi, mahu jawab bidang memasak. Kan lain tu? Yang bertanya pun, dah tahu dia tak ada kemahiran bidang tu, buat apa tanya? Ini berkait dengan yang satu tadi. Ada lagi yang ketiga, sila sambung baca.

Yang ketiga ni pelik sikit.

Yang ketiga, orang yang berkait dengan soalan yang ditanyakan orang padanya. Tapi berkaitnya daripada sisi negatif soalan yang ditanya, bukan positif. Tak faham? Bukan daripada bidang soalan tak boleh, daripada bidang soalan pun tak boleh? Tak apa, kita boleh buat contoh.

Contoh 1 : Perokok tegar ditanya tentang isu hukum rokok. Boleh bayang jawapan dia?

Contoh 2 : Artis beragama Islam tak tutup aurat seksi sana, seksi sini ditanya tentang pelaksanaan hukum syariah di negara dia. Ada datang klu jawapan dia sikit-sikit dalam kepala?

Sudah tentu lah yang tukang jawab bersikap defensive dengan soalan yang offensive terhadapnya.

Ok, kita sudah habis dengan contoh.

Itu hari baru gempar dengan isu artis jawab isu hudud, ada lagi yang tak paham nak apply hikmah daripada kejadian tu macamana. Sibuk nak jawab jugak. Dan yang bertanya tu, tak ada orang lain dah ke nak tanya?

Macam gampang.

1 comment:

Ridhuan said...

Setakat ni, komen paling power sekali untuk soalan yang berbunyi "apa pandangan tentang surat kabo yang bertanya artis tentang hudud" adalah, "bakpe dok tanye kuba". Jawapan tersebut oleh ustaz Azhar Idrus.. Mantap dan padu.

Post a Comment