Penulisan.

"Kenapa tak update blog? Lama dah tak baca tulisan hang."

Orang tanya kita, kita kena jawab. Tapi nak jawab, jawab daripada hati ke macamana? Kalau aku jawab mengikut kata hati, ada kemungkinannya jawapannya macam ni.

"Malaslah."

Itu satu, ada banyak lagi lagi yang lain. Itu kalau dari segi jawapan menurut hati. Kalau berpandukan akal? Boleh jadi aku jawab macam begini pulak.

"Tak ada idealah."

Tapi seeloknya cuba kita jawab macam ni.

"Nak menulis kena rajin mencari idea. Idea tu patut bertepatan dengan agama kita. Jangan sampai berlaku pelbagai masalah di kalangan pembaca hanya disebabkan kurangnya ilmu agama kita dalam penulisan. Apa yang kita tulis, ada orang yang baca. Dan setiap apa yang baik, mendatangkan pahala kita tulis dan pembaca mengikutnya, pahalanya mengalir jugak dekat kita. Sama jugak dengan yang sebaliknya iaitu perkara keji dan mendatangkan dosa. Dosanya tetap mengalir dekat kita. Tu akhirat nanti kena hitung jugak tu brader."

Amacam penulis-penulis sekalian, ada-ada consider sebelum ni?

Boleh cuba baca novel 'Penulis yang Disayang Tuhan' karya Bahruddin Bekri.

Impak dia maksima.

1 comment:

Anonymous said...

i love pantai yg berbirai-birai ini....

Post a Comment