Kamu nanti sayang,
kerapkan kunjungi saya.
Sepanjang bersama kamu,
saya kerapkali bersuara.
Nanti di sana, nikmati momen;
momen saya diam, bisu.
Tidak berkata apa.
Enggan melarang, jauh sekali
ingin mencadang.
Hanya setia dengarimu,
yang manja mengada,
mengelus lembut nesan saya.
birapantai, 2013
Ani.
Kelam-kabut dia pagi itu. Baju Melayu yang disarungnya itu pun tidak sempat dibutangkannya. Lima lubang butang, hanya dua sahaja yang sempat dibutangkannya. Yang lain, terbuka luas, namun masih mampu menutupi dadanya yang berbulu lebat itu. Hanya dengan berseluar khakis hitam, berbaju Melayu putih, dia ribut ke sana ke mari melayan tetamu.
Sewaktu dia di luar, dia tersenyum-senyum melihat dan melayan para tetamu. Anak-anaknya yang lain sedang bersiap, semua berbaju Melayu. Masing-masing sugul dan muram. Mungkin letih barangkali. Dia masih kelihatan biasa, kakinya diatur kemas mengorak setiap langkah. Dua tabung duitnya yang dibuat daripada bekas gula-gula diatas meja bersebelahan pintu masuk utama rumahnya itu kelihatan penuh, semuanya hasil pemberian dan sumbangan para tetamu.
Keadaan sekelilingnya diperhati, tetamu semakin melimpah. Rasanya sudah hampir tiba saat yang dinantikan semenjak semalam.
"Hadirin sekalian, buleh doh nok masuk semayang ni."
Tetamunya yang hadir mula memasuki rumahnya, memenuhi kawasan ruang tamunya. Masing-masing berhimpit, saf dirapatkan sedaya yang boleh agar semua tetamu mampu masuk dan solat berjemaah. Kali ini, dia sendiri yang akan mengimamkan solat ini. Di hadapannya ada sekujur badan, berbaring, mengiring menghadapa kiblat. Takbir diangkat, tangannya yang berkegut-kedut itu ketar sedikit.
Namun dia masih berjaya meneruskan solat itu. Empat takbir dan satu salam.
******
"Abang, jadilah hisap rokok tu. Kekgi kalu abang sakit, mati dulu, sape dia nok jaga Ani?"
Dia tersenyum mendengar leteran isterinya itu. Leterannya kadang-kadang menyakitkan hati, namun dia anggapnya sebagai lumrah berumahtangga. Kadangkala dia ibaratkan sahaja isterinya itu burung tiung, apa yang didengari oleh isterinya akan disebutnya kembali.
"Abang mati dulu, anok-anok ada kan. Bukannya anok-anok kita nok lok saje Ani." Asap rokok dihembuskannya ke arah luar tingkap, sambil terbatuk-batuk ketawa kecil.
"Duduk dengan anok-anok lain kalu abang takdok.."
Isterinya hanya membalas malas sambil melipat kain di sudut katil.
"Nanti aku berentila, saborlah. Nanti aku berenti."
*****
Mungkin benar apa yang isterinya katakan dahulu. Lain rasanya.
Malam ini dia lipat kainnya sendiri. Tidurnya juga tidak berteman. Dia lihat bantal isterinya itu, sarung bantalnya dia enggan tukar. Hati kecilnya yakin, bau sarung bantal itu bau rambut isterinya.
Bantal isterinya dicium. Baunya dihidu lagi puas-puas.
Dia sudah tahu benda ini bakal terjadi, cuma yang dia tidak pasti adalah samada dia atau isterinya dahulu. Dia ingatkan gilirannya dahulu. Namun dia tidak sangka keadaannya begini.
Sakit, sakit sekali.
Bantal isterinya dicium lagi. Kali ini bersama esakan.
Keemasan.
Jari jemarinya kemas merenggut tangan saya. Saya hanya tersenyum memandangnya yang sudah lanjut usianya itu. Kedutan zaman yang berlegar-legar di sebalik pipinya yang merah seperti kelopak mawar suatu dulu jelas kelihatan. Matanya pun sudah tampak kekuning-kuningan, jauh sekali berkaca sewaktu dia masih anggun berblaus hijau cair, berbaju putih lengan panjang disarung cardigan gelap yang biasa dipakai sewaktu mudanya dahulu.
Saya gosok wajahnya, saya elus lembut rambutnya yang kini semuanya putih. Berapa ya? Otak saya berfikir cuba mencari bilangan tahun saya habiskan masa dengannya. Dia tersenyum lagi. Senyumannya lembut, sama manis seperti waktu mudanya. Saya mengalihkan pandangan ke arah sisi jendela, sebingkai gambar menoreh otak saya, umpama mengisyaratkan saya suapaya kembali berfikir.
Berfikir jauh ke 20 tahun masa yang lepas.
Mungkin 40 tahun yang lepas.
Namun saya tidak mampu.
Saya hanya mampu berfikir tentang satu perkara sahaja; bagaimana harus saya habiskan hidup saya dengannya untuk masa yang tinggal sedikit sahaja berbaki ini. Saya harus habiskan masa bersamanya dengan penuh hemat. Apa masih adakah lagi masa untuk saya bersama dengannya? Adakah masih lama masa itu? Antara kami, siapa yang bakal pergi dahulu? Adakah saya? Saya tak mahu tinggalkannya terkontang-kanting!
Atau adakah dia yang bakalan pergi dahulu? Itupun saya enggan! Saya enggan keseorangan!
Saya elus lagi rambutnya. Saya rangkul bahunya.
Kami terbang lagi, dipandu cinta.

Pasca PRU-13
Dahulu mereka gelupur, meraih cinta kita.
"Bangkitlah Melayu!" "Melayu perlu bersatu!"
Itu jerit mereka, hingga berbuih-buih;
sewaktu ambang pilih memilih.
Sekarang mereka masih begitu.
Cuma ditambah! "Apa lagi Cina mahu?"
atau lebih pedih, dibilangkannya:
"Tsunami Cina!"
Sibuk terwar-war, di mulut mereka;
kekal berbuih; di era pasca pilih-memilih.
Anehnya dahulu, mereka ini kaya.
Hartawan pemanis mulut. Tegar menjaja:
"GongXi Raya!" "DeepaRaya!"
Terbaharu - "Satu Malaysia!"
Tapi mereka sendiri kini menajisi,
apa yang keluar mulut sendiri.
- Pasca PRU-13, 8 Mei 2013.

Lelaki Yang Hebat.
Bertumbuk dengan orang ramai, namun tidak pernah sebiji sampai ke tubuhnya. Itu memang rare. Ada yang berfikir bahawa memang dirinya lincah dan tangkas, sukar untuk dirapati apatah lagi mahu ditumbuk atau ditangkap. Bayangkan, lapan hingga sepuluh orang masih tidak mampu mengincarnya, bahkan kesemuanya pengsan dibelasahnya kembali. Ini memang petanda dan alamat bahawa dia memang tangkas dalam bertumbuk.
Itu sebahagian sejarah hidupnya dalam bertumbuk, tidak kita kisahkan lagi sejarahnya dalam bercinta. Bertumbuk pun hebat, bercinta pun hebat. Walaupun tampak keras, baik daripada segi tubuhnya yang sasa, dadanya yang bidang ataupun hatinya yang jitu dalam berhadapan musuh yang ramai, namun pada sebahagian jiwanya yang rebel itu, masih ada sekelumit rasa cinta terhadap pasangannya. Ini adalah seorang pencinta wanita yang cukup sifat. Sasa, kuat, pandai bertumbuk, dan romantis. Airmatanya bisa tumpah pada mana-mana keadaan.
Pencinta yang mungkin digilai ramai wanita, mampu menjadi pelindung, mampu menjadi perindu, mampu menjadi penyayang. Cukup berkualiti!
Kalau kita cuba telusuri nilai dan kualiti moralnya pula, ah, tidakkan kalah dengan lelaki-lelaki lain. Pemikiran dan fikrahnya dalam menentukan yang mana baik dan yang mana buruk amat hebat dan berkualiti. Dialah yang tangkas bertumbuk, dia juga yang baik budi bahasanya, santun gayanya, dan lemah lembut bicaranya. Yang lemah akan dia lindungi, yang zalim akan dia tentang, yang korup pasti akan dia lawan. Dia bagaikan pejuang keadilan.
Walaubagaimanapun, dalam kekaguman kita terhadapnya, ataupun dalam asyik impian kita ingin menjadi sepertinya, perlulah kita ingat, manusia ini tidaklah sempurna. Dia ini pun ada kurangnya. Kita perlu sedari hakikat itu dan kita mesti menerimanya. Kita manusia, kita tidak sempurna. Dia juga manusia, dia juga tidak sempurna.
Dan dia hanyalah seorang pelakon, pelakon cerita Tamil.
Perihal Babi.
Berikut merupakan salah satu babak dari filem Pulp Fiction yang saya gemari.
Vincent : Want some bacon?
Jules : No man, I don't eat pork. (Mengunyah sandwich)
Vincent : Are you Jewish? (Menyapu mayonaise pada bacon)
Jules : I ain't Jewish; I just don't dig on swine, that's all.
Vincent : Why not?
Jules : Pigs are filthy animals. I don't eat filthy animals.
Vincent :Yeah, but bacon tastes good, pork chops taste good.
Jules : Hey, sewer rats may taste like pumpkin pie, but I'd never know cause I wouldn't eat those filthy motherfuckers. (Menelan) Pigs sleep and root in shit. That's a filthy animal. I ain't eating nothing ain't got sense enough to disregard its own feces.
Vincent : How about dog? Dog eats its own feces. (Memotong bacon)
Jules : I don't eat dog either.
Vincent : Yeah, but do you consider a dog to be a filthy animal? (Berhenti memotong, mataya tajam menancap ke arah Jules)
Jules : I wouldn't go so far as to call dog filthy, (menelan kopinya seteguk) but they're definitely dirty. But dog got personality, personality goes a long way.
Vincent : Ah, so, by that rationale, if a pig has a better personality, he would cease to be a filthy animal. Is that true?
Jules : Well we'd have been talking about one charming motherfucking pig. I mean, he have to be ten thousand times more charming than that Arnold on Green Acres.
Vincent : (Ketawa) Oh man, that's good. That's good man.

Dari kiri : Perempuan, lelaki, Arnold.
Usaha.
Dia masih lagi termangu. "Ini berat." tutur hatinya. Ini sangat berat, dia tidak keruan. Telinganya yang sedikit rabit itu kelihatan bergerak-gerak seiring dengan mulutnya yang diketap rapat. Kopiah hitamnya yang keras itu ditanggalkan, "Ini baru permulaan, belum cukup peritnya dibandingkan dengan yang akan datang."
Matanya diarahkan ke jendela, hijau sekeliling seolah-olah menenangkan gelojak hatinya; rakus nafsunya seumpama diketuk-ketuk rapat umpama paku ditanam tukul, terbenam rapat ke dalam kayu, tidak bergerak. Namun makin diketuk, makin kayu itu menjelma keras, maka makin susah diketuk, sukar ditanam paku tersebut!
Dia mengelamun lagi, tangannya disua ke arah meja di sebelah katilnya, jemarinya menggenggam sebuah cetakan, dibelek-belek cetakan itu, mencari kata semangat. Jemarinya terhenti pada sepotong ayat; ayat yang membuatkannya tersenyum riang. "Dia ada, Dia Maha Mengetahui segalanya dan Dia pasti akan membantu aku." Fikirnya sendiri, memujuk hati yang sedang berperang nafsu batinnya yang makin menggila.
"Ko ni apehal? Dah macam zombie dah ni kenapa?" Mata coklat Jamri itu ditenungnya lama. Soalan Jamri masih tidak berjawab. Dia biarkan sahaja tergantung. Jamri bangun sambil membebel-bebel, "Baru 20 minit berhenti rokok dah macam bini mati, pondan betul."
"Dua puluh minit apanya, dah tiga jam la setan!"
Balasnya beremosi, umpama wanita datang bulan.

Dan orang-orang yang berjihad (untuk mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. Al-Ankabut : 69
Tafsir Al-Quran itu kembali ditutup, perlahan-lahan ia diciumnya, kemudian rapi diletak kembali di atas meja. "Things gonna get better." tutur hatinya lagi. Kepalanya diletakkan di atas bantal. Matanya dipejam, fikirannya dilayang jauh mencari ketenangan. Nafsunya mesti dikandang rapi. Lamunannya mencari aman tidak kekal lama, dia kembali ke alam sedar selepas dikejutkan Jamri, kawan serumahnya yang berkain pelekat tidak berbaju menarik-narik bahunya sambil tersengih-sengih di sebelah.
"Ko ni apehal? Dah macam zombie dah ni kenapa?" Mata coklat Jamri itu ditenungnya lama. Soalan Jamri masih tidak berjawab. Dia biarkan sahaja tergantung. Jamri bangun sambil membebel-bebel, "Baru 20 minit berhenti rokok dah macam bini mati, pondan betul."
"Dua puluh minit apanya, dah tiga jam la setan!"
Balasnya beremosi, umpama wanita datang bulan.
Rambut Perang.
Saya bingkas bangun, di sisi saya hanya ada bantal peluk, selimut berkeronyok. Mana dia? Shoot! Dia hilang lagi. Jam tangan saya, mana jam tangan saya!
Pukul 6.30 pagi.
Pagi yang agak lewat hari ini untuk saya bangun. It's okay, Subuh first. You can catch up with her later. She's not gonna go anywhere.
Pukul 7.00 pagi, dia masih belum pulang, saya masih resah. Mana dia pergi? Ke mana saya harus mencarinya? Apa kali ini saya mampu mencarinya lagi? Tak mengapa, saya ada cara saya.
She's not gonna go anywhere.
She's not gonna go anywhere.
Pukul 7.15 pagi, saya bertanyakan ibu. "Where is my wife, ma?" Ibu hanya diam. Ibu leka mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. "Just eat, and get ready for work." Saya masih bingung, mana isteri saya? Semalam dia ada. Saya masih merasa lembut rambutnya di pipi saya. Perang rambutnya seperti disinari cahaya matahari terbenam dari belakang, cantik. Sangat cantik.
"Kring! Kring!"
Saya terkejut, ini nada dering telefon siapa? And why the hell is my eyes seems cloudy suddenly? What is going on? Why am I having breakfast on my bed? Shit! Must be on hospital!
"Hoi, semayang Subuh, dah pukul 7 ni. Alarm pasang kuat nak mampus tapi sendiri tak bangun. Aku jotos jugak kepala lu karang!"
Eh, ni apahal Din duduk rumah mentua aku ni?
Cis, bujang lagi rupanya. Mangkuk punya mimpi.
Cis, bujang lagi rupanya. Mangkuk punya mimpi.