Warisan.

Tiada harta
dapat ku serah
hanya selembar
laut warisan
yang ada padanya
seribu jalan.

birapantai 2011

Pesona.

Lebar terang alam benderang
pesona di kaki mata
kini terhadang
binaan manusia.

23hb Julai 2011,Dungun, Terengganu

birapantai 2011

Nikmat.

Jirusan kudrat
merenjis keringat
jerih dan penat
berupa nikmat.

22hb Julai 2011, Pantai Teluk Lipat.

birapantai 2011

Rintih.

Kuasawan kota yang punya harta.
takkan rebah diserang arus.
moden yang makin menghiris daya.
seorang marhaen lanjut usia.

9hb Julai 2011, Jalan Masjid India.

birapantai 2011

Temah Si Hot Mama.

"I tak paham betullah kan Temah, anak-anak I, kalau Maghrib tak balik lagi, I dah bising tau."

Lijah memulakan perbualan berbaur umpatan dengan rakus.

"Alah, I pun macam tu jugak tau Lijah. I memang tak suka kalau anak-anak I balik lewat. Biasanya, I macam you jugaklah, Maghrib tu, time diorang duduk rumah. Pagi esok nak keluar, keluarlah."

Temah semakin memprovok Lijah dengan sokongan-sokongan berbaur hasutan. Tujuannya adalah supaya Lijah boleh berterus terang tentang siapakah yang ingin dikutuknya secara halus daripada belakang itu.

"Tu lah Temah, tak paham I macamana Hajah Kelsom boleh bagi anak-anak dia keluar sampai lewat-lewat malam. Lelaki tak apalah jugak. Ini perempuan."

Tanpa didorong perasaan berlapik-lapik dalam berbahasa, Lijah terus mengeluarkan nama gerangan manakah yang ingin diumpatnya itu.

Iye? Ish. Teruk benar tu. Patutla laki I cakap, selalu je terserempak dengan anak perempuan dia kayuh basikal warna-warni tu time laki I nak lintas jalan."

Temah semakin pandai memprovok. Hasil latihan yang selalu dilakukan bersama Lijah, kini Temah mampu menjadi ahli politik.

"Ha, basikal tu lah. Pepsi? Fixie ke apebende nama dia? Ke hulu ke hilir dengan kawan-kawan lelaki dia lewat-lewat malam. Tak ke menjatuhkan maruah tu."

Lijah mengendurkan perbualannya sedikit. Seakan malas ingin berbicara panjang.

"Biarlah diorang Lijah oi, we all ni, jaga anak-anak we all. Eh Lijah, I nak balik dulu. Anak-anak I dah kenyang tu makan pucuk ubi Pak Said ni. I balik dulu ye Lijah."

Nampaknya Temah lagi malas berbicara panjang. Beliau terus mengundur diri tanpa berlapik-lapik. Bak kata ayah si Temah, kalau mahu katakan mahu, jangan jadi bangang buat malu-malu.

"Ha, baliklah. Hati-hati lintas jalan tu. Nanti kena langgar lori, mati engkau empat beranak. Menangis si Azmi nanti."

Dari jauh, Lijah hanya memerhati Temah dan anak-anaknya pulang. Terkedek-kedek ibu kambing dan anak-anaknya itu melintas jalan.

"Temah dah empat orang anak, tapi still nampak hot."

Detik Lijah dalam hati.

Hawaii Five-O.

Hawaii Five-O merupakan rancangan popular orang putih suatu masa dahulu.

Masa bapak aku mula-mula bukak kedai makan dulu, ada seorang budak bernama Zamri yang selalu datang tengok cerita Hawaii Five-O dekat kedai bapak aku. Oleh sebab yang demikian, bapak aku menggelarnya sebagai Hawaii Five-O.

Walaubagaimanapun, loghat orang Terengganu mengubah segalanya.

Hawaii Five-O menjadi Awang Pok Or.

Awang Pok Or kini sudah berkeluarga dan namanya masih kekal begitu.

Ini kisah benar.

Cerita Encik Razif.

Hai, selamat pagi. Boleh saya tahu siapa di talian?

Saya Encik Razif. Ini rancangan Talian Bangang ke?

Ya, okay Encik Razif. Encik Razif buat panggilan dari mana ni Encik Razif?

Please, tolong panggil I Raz je. Jangan ber'encik-encik' dengan I. I buat panggilan dari public tepi jalan je ni.

Oh, okay. You sudi ceritakan pengalaman paling bangang yang pernah you hadapi?

Boleh saja. You nak dengar yang bangangnya sedang-sedang saja atau yang paling bangang?

Paling bangang.

Okay. You tahu tak?

Apa?

Okay, of course you tak tahu. I tak cerita lagi. (Gelak)

Ceritalah cepat, masa kita terhad ni.

Okay, you tahu tak, ada orang kata I ni ibarat mendukung biawak hidup.

Macamana tu Raz?

Yelah, ibarat mendukung biawak hidup. I dukung anak I, dia kata I dukung biawak hidup.

Anak you tu menyusahkan you ke?

Taklah, anak I biawak. I pun biawak.

Tipulah.

Betul. I ni biawak Sungai Gombak. Pagi ni I macam tak tahu nak buat apa. Nak gaduh dengan biawak lain, I rasa macam malas je. So, I call you lah.

Lawaklah Encik Razif ni. Kalau you betulla biawak, apa yang you paling suka makan?

Oh, soalan senang. Yang paling I suka, telur burung. Tapi kadang-kadang I telan je serangga-serangga yang senang ditangkap macam cengkerik, cencorot dan sebagainya.

Seriusla Raz. You ni, masa dah nak habis ni.

Betulla, I biawaklah. Benci betullah. Kenapa you tak percaya?

Biawak mana boleh bercakap. Apatah lagi nak call-call saya.

Ikut suka youlah. I betul-betul kecik hati dengan you sekarang You pandang rendah dekat I tau. Kawan I siap buat persatuan lagi tau. You apa tahu.

Oh? Apa persatuan kawan encik?

Perkasa.

*Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut. (Talian terputus)

Encik? Encik? Bangang betul biawak zaman sekarang ni.

Cerita Dua Darjat.

Dah lama ke buat macam ni? Huh?

Lama tu taklah lama sangat bang. Baru lagi.

Engkau ni betul-betul bawak masalah la.

Ala bang, sorilah. Saya tak sengaja.

Ah pergi mampuslah.

Tolonglah bang. Please.

Tak ada tolong-tolong. Pergi mampus.

Ala bang, rileklah.

Rilek hotak engkau.

Tapi saya cintakan dia.

Cinta kepala kerbau engkau.

Sampai hati abang.

Sampai hati apa?

Sampai hatilah seksa saya macam ni.

Engkau ni bangang ke apa? Kita ni kan ayam. Mana ada ayam bercinta dengan cacing. Kita makan cacing.

Takpelah. Saya pergi dulu.

Alamak, Jais! Jais! Janganlah merajuk!

Cerita Curang.

"Jangan kacau saya lagi!"

Atikah berteriak lantang, mengejutkan sahabat-sahabatnya yang sedang menikmati juadah tengahari.

"Please, tolonglah terima saya balik. Saya rindukan awak!"

Azmi makin menjadi-jadi merayu, meminta Atikah menerima balik dirinya. Azmi tahu, kali ini, beliau telah melanggar janjinya dahulu buat kali ketiga.

"Sofea yang paksa saya, saya betul-betul tak sengaja curang dengan awak. Sofea yang goda saya!"

Atikah diam sekejap. Tak lama kemudian, Atikah kembali bersuara.

"Awak kena ingat, kita dah kahwin, sampai hati awak langgar janji-janji manis awak dahulu. Razli sendiri yang nikahkan kita. Awak lupa?!"

Kali ini Azmi yang diam. Apabila nama Razli disebut, Azmi seolah-olah sedang menyembunyikan perasaan marahnya. Beliau benci dengan Razli. Atikah selalu memuji Razli. Razli baik, selalu ke surau, imam muda di kampungnya, lebai, warak dan sebagainya.

"Ah, lagi-lagi Razli, lagi-lagi Razli, tak ada nama lain ke?"

Belum sempat Atikah menjawab, tiba-tiba Mak Hindun datang memberi pendapat.

"Sudah-sudahlah Azmi, Atikah. Kita ni kan kambing. Ikut suka Azmi lah nak mengawan dengan siapa pun. Itu hak dia. Kita ni tak berdosa mengawan ramai tanpa nikah. Engkau pun Azmi, takkan la Razli nak dekat Atikah. Atikah kan kambing, Razli tu manusia."

Azmi dan Atikah kembali berbaik semula selepas mendengar leteran Mak Hindun. Mereka kembali manja-manja memakan pucuk ubi bersama-sama.

Keesokan harinya, Azmi dilihat sedang mencuba menghamilkan Mazni pula.

Razli tersenyum puas.

"Makin banyak kambing-kambing aku lepas ni."

Bercakap Dengan Pemandu Bas.

Penemuduga : Assalamualaikum encik pemandu bas.

Pemandu bas : Waalaikumsalam. Panggil saya Roy.

Penemuduga : Ok Roy, dah lama ke bawak bas?

Pemandu bas : Lama jugak, dah masuk 20 tahun.

Penemuduga : Oh lama jugak tu. Memang banyak pengalaman encik.

Pemandu bas : Alah, jangan cakap macam tu. Saya ni mentah lagi dalam dunia bas-mengebas ni.

Penemuduga : Encik dah berkeluarga?

Pemandu bas : Belum, saya baru 23. Muda lagi.

Penemuduga : Errr.

Cerita Pak Endut.

Maznan berlari-lari anak menuju ke arah jeti. Laju sungguh lariannya itu. Sepertinya ada sesuatu yang ingin dikhabarkannya kepada sekalian penduduk yang sedang menghirup udara masin pantai di jeti tersebut.

"Pak Endut, Pak Endut!"

Sesampainya Maznan ke jeti, beliau terus menjerit memanggil nama Pak Endut. Entah mengapa sebabnya, beliau tampak bersungguh-sungguh memanggil Pak Endut. Seperti ada sesuatu yang penting ingin dibincangkannya dengan Pak Endut.

"Kenapa Maznan? Bising sangat panggil aku ni?"

Pak Endut akhirnya keluar dari tempat persembunyiannya daripada isterinya di dalam jeti dengan hanya berkain pelekat tidak berbaju.

"Saje je Pak Endut, buat gimik pagi-pagi. Bosan."

Pak Endut memegang jarum pukat seperti memegang pisau. Sepertinya bersedia ingin menikam Maznan.

Cerita Pinggan.

Mak Jenab menjerit-jerit memanggil nama Maimun. Maimun hanya diam sahaja semenjak tadi, sepertinya ada masalah yang dimenungkannya. Mungkin beliau memikirkan masalah saham air tebu yang semakin jatuh di bursa saham, ataupun memang beliau seorang yang suka mengelamun di kala petang.

Mak Jenab berang.

Ekoran daripada berangnya yang melampau-lampau itu, Mak Jenab mula mengatur langkah ke arah Maimun. Lengan bajunya dilipat-lipat, menampakkan lengannya yang hitam dan berkilat itu. Dengan langkahan kaki yang pantas, Mak Jenab meluru ke arah Maimun sambil menjerit-jerit, "Hoi Maimun, kau pekak ke? Dari tadi aku panggil engkau tak menjawab!"

Ditariknya bahu Maimun hingga terduduk Maimun dari kerusi kecilnya. Pinggan yang dipegangnya terlucut dari tangannya, mungkin disebabkan licin dek tangannya yang bersabun atau terkejut oleh suara Mak Jenab yang kasar seperti guruh itu.

"Kenapa mak inchek?"

Mak Jenab bertambah berang.

"Dari tadi aku panggil engkau, kenapa tak menjawab? Dasar anak tiri tak sedar diri!"

Sempat lagi Mak Jenab membuat ayat berima sama dalam keadaan Maimun terpinga-pinga. Dalam keadaan hingar-bingar tersebut, tiba-tiba terdengar suara dari jauh menjerkah Mak Jenab.

"Mak! Akak Maimun kan pekak!"

Mak Jenab lantas tersedar dari penyakit nyanyuknya itu.

Maimun masih terpinga-pinga.