Hai, selamat pagi. Boleh saya tahu siapa di talian?
Saya Encik Razif. Ini rancangan Talian Bangang ke?
Ya, okay Encik Razif. Encik Razif buat panggilan dari mana ni Encik Razif?
Please, tolong panggil I Raz je. Jangan ber'encik-encik' dengan I. I buat panggilan dari public tepi jalan je ni.
Oh, okay. You sudi ceritakan pengalaman paling bangang yang pernah you hadapi?
Boleh saja. You nak dengar yang bangangnya sedang-sedang saja atau yang paling bangang?
Paling bangang.
Okay. You tahu tak?
Apa?
Okay, of course you tak tahu. I tak cerita lagi. (Gelak)
Ceritalah cepat, masa kita terhad ni.
Okay, you tahu tak, ada orang kata I ni ibarat mendukung biawak hidup.
Macamana tu Raz?
Yelah, ibarat mendukung biawak hidup. I dukung anak I, dia kata I dukung biawak hidup.
Anak you tu menyusahkan you ke?
Taklah, anak I biawak. I pun biawak.
Tipulah.
Betul. I ni biawak Sungai Gombak. Pagi ni I macam tak tahu nak buat apa. Nak gaduh dengan biawak lain, I rasa macam malas je. So, I call you lah.
Lawaklah Encik Razif ni. Kalau you betulla biawak, apa yang you paling suka makan?
Oh, soalan senang. Yang paling I suka, telur burung. Tapi kadang-kadang I telan je serangga-serangga yang senang ditangkap macam cengkerik, cencorot dan sebagainya.
Seriusla Raz. You ni, masa dah nak habis ni.
Betulla, I biawaklah. Benci betullah. Kenapa you tak percaya?
Biawak mana boleh bercakap. Apatah lagi nak call-call saya.
Ikut suka youlah. I betul-betul kecik hati dengan you sekarang You pandang rendah dekat I tau. Kawan I siap buat persatuan lagi tau. You apa tahu.
Oh? Apa persatuan kawan encik?
Perkasa.
*Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut. (Talian terputus)
Encik? Encik? Bangang betul biawak zaman sekarang ni.
6 comments:
asal dia punyer ending asyik menggunak binatng yang menggunakan nama manusia ekk??? encik penulis emang giler terhadap binatang eah???
ye ke.
emm...bolehlar nak dikatakan camtu daripada pembacaan saya setakat ni, sye tak tau lar kalau encik penulis mungkin meletakkan binatang sebagai simbolik untuk something...
o. byk lagi encik anonymous tak baca tu. post sebelum2 ni tak guna mana pun binatang. anyway, terima kasih sudi baca ye. :)
tengok...kisah hari ni pun cite sal umpatan due ekor kambing...aduh...encik2,menggelegak lar saya gelak bace entri encik nie..ok,pleasure welcome.. =)
ingat menggelegak marah tadi. okay. bacala lagi. entri2 saya free of cas gitu. tak kena bayar pun baca.
Post a Comment