"I tak paham betullah kan Temah, anak-anak I, kalau Maghrib tak balik lagi, I dah bising tau."
Lijah memulakan perbualan berbaur umpatan dengan rakus.
"Alah, I pun macam tu jugak tau Lijah. I memang tak suka kalau anak-anak I balik lewat. Biasanya, I macam you jugaklah, Maghrib tu, time diorang duduk rumah. Pagi esok nak keluar, keluarlah."
Temah semakin memprovok Lijah dengan sokongan-sokongan berbaur hasutan. Tujuannya adalah supaya Lijah boleh berterus terang tentang siapakah yang ingin dikutuknya secara halus daripada belakang itu.
"Tu lah Temah, tak paham I macamana Hajah Kelsom boleh bagi anak-anak dia keluar sampai lewat-lewat malam. Lelaki tak apalah jugak. Ini perempuan."
Tanpa didorong perasaan berlapik-lapik dalam berbahasa, Lijah terus mengeluarkan nama gerangan manakah yang ingin diumpatnya itu.
Iye? Ish. Teruk benar tu. Patutla laki I cakap, selalu je terserempak dengan anak perempuan dia kayuh basikal warna-warni tu time laki I nak lintas jalan."
Temah semakin pandai memprovok. Hasil latihan yang selalu dilakukan bersama Lijah, kini Temah mampu menjadi ahli politik.
"Ha, basikal tu lah. Pepsi? Fixie ke apebende nama dia? Ke hulu ke hilir dengan kawan-kawan lelaki dia lewat-lewat malam. Tak ke menjatuhkan maruah tu."
Lijah mengendurkan perbualannya sedikit. Seakan malas ingin berbicara panjang.
"Biarlah diorang Lijah oi, we all ni, jaga anak-anak we all. Eh Lijah, I nak balik dulu. Anak-anak I dah kenyang tu makan pucuk ubi Pak Said ni. I balik dulu ye Lijah."
Nampaknya Temah lagi malas berbicara panjang. Beliau terus mengundur diri tanpa berlapik-lapik. Bak kata ayah si Temah, kalau mahu katakan mahu, jangan jadi bangang buat malu-malu.
"Ha, baliklah. Hati-hati lintas jalan tu. Nanti kena langgar lori, mati engkau empat beranak. Menangis si Azmi nanti."
Dari jauh, Lijah hanya memerhati Temah dan anak-anaknya pulang. Terkedek-kedek ibu kambing dan anak-anaknya itu melintas jalan.
"Temah dah empat orang anak, tapi still nampak hot."
Detik Lijah dalam hati.
No comments:
Post a Comment