Cerita Curang.

"Jangan kacau saya lagi!"

Atikah berteriak lantang, mengejutkan sahabat-sahabatnya yang sedang menikmati juadah tengahari.

"Please, tolonglah terima saya balik. Saya rindukan awak!"

Azmi makin menjadi-jadi merayu, meminta Atikah menerima balik dirinya. Azmi tahu, kali ini, beliau telah melanggar janjinya dahulu buat kali ketiga.

"Sofea yang paksa saya, saya betul-betul tak sengaja curang dengan awak. Sofea yang goda saya!"

Atikah diam sekejap. Tak lama kemudian, Atikah kembali bersuara.

"Awak kena ingat, kita dah kahwin, sampai hati awak langgar janji-janji manis awak dahulu. Razli sendiri yang nikahkan kita. Awak lupa?!"

Kali ini Azmi yang diam. Apabila nama Razli disebut, Azmi seolah-olah sedang menyembunyikan perasaan marahnya. Beliau benci dengan Razli. Atikah selalu memuji Razli. Razli baik, selalu ke surau, imam muda di kampungnya, lebai, warak dan sebagainya.

"Ah, lagi-lagi Razli, lagi-lagi Razli, tak ada nama lain ke?"

Belum sempat Atikah menjawab, tiba-tiba Mak Hindun datang memberi pendapat.

"Sudah-sudahlah Azmi, Atikah. Kita ni kan kambing. Ikut suka Azmi lah nak mengawan dengan siapa pun. Itu hak dia. Kita ni tak berdosa mengawan ramai tanpa nikah. Engkau pun Azmi, takkan la Razli nak dekat Atikah. Atikah kan kambing, Razli tu manusia."

Azmi dan Atikah kembali berbaik semula selepas mendengar leteran Mak Hindun. Mereka kembali manja-manja memakan pucuk ubi bersama-sama.

Keesokan harinya, Azmi dilihat sedang mencuba menghamilkan Mazni pula.

Razli tersenyum puas.

"Makin banyak kambing-kambing aku lepas ni."

8 comments:

Debab Budak Baek said...

haha..klakar ngat..kambing2 mg ke nim apih..hehe..

Sake said...

Babi. Cerita babi ada?

eL-iman said...

nakal nguh la crite... macam2 la... sakit perut duk sukke..huhuhu

nazirahnazir said...

hahaha~
agak skonyeh disitu

Mat Pih said...

debab : kambing jiran.

Mat Pih said...

sake : cerita babi dalam proses.

Mat Pih said...

el-iman: jangan baca. kekgi sakit perut. hihi.

Mat Pih said...

nazirah nazir : awww. sangat sekonyeh.

Post a Comment