Saya sebenarnya semasa kecil dahulu suka melihat filem Tarzan. Zaman saya yang sewaktu itu menonton filem hanya melalui tape VHS, samada cerita Tarzan, Jumanji lakonan Robin Williams yang baru sahaja meninggal baru-baru ini, atau cerita Kesatria Baja Hitam; vigilante berbaju ketat yang suka menaiki motor berkuasa dalam 100-135cc sahaja apabila mengejar penjahat. Yang menganehkan saya, sempat pula dia mengejar. Berbalik pada cerita Tarzan, dia adalah seorang lelaki yang dibesarkan oleh gorilla di dalam hutan, kemudian dia bertemu dengan Jane, masing-masing jatuh hati, bercinta dan seterusnya mereka hidup bahagia sehingga habis filem. Saya lupa samada Tarzan mengikuti Jane hidup di bandar; tempat yang khabarnya manusia bertamadun tinggal atau Jane yang mengikuti Tarzan, hidup di dalam hutan, bercinta; kekal bahagia hingga ke penghujung filem.
Saya juga turut tidak tahu samada Jane dan Tarzan kekal bahagia sehingga mati, atau sekadar bahagia hingga ke hujung filem; selepas habis filem, beberapa tahun kemudian mereka bercerai atau tidak. Tidak mengapalah, apa yang saya mahu ceritakan, saya semasa kecil dahulu sering terfikir, kalaulah Tarzan ini dibesarkan oleh gorilla, kenapa dia tidak turut telanjang seperti gorilla yang membesarkannya? Siapa yang mengajarkannya memakai seluar kecil berbentuk segitiga itu? Adakah gorilla? Siapa pula yang menjahitnya? Adakah Tarzan pernah melihat orang asli dalam hutan itu memakai seluar, lalu ketika orang asli itu mandi, adakah Tarzan mencuri seluar orang asli itu yang diletakkan di atas batu?
Dan untuk pengetahuan anda semua, hal ini tidak terhad kepada Tarzan sahaja.
Saya juga pernah melihat suatu rajah evolusi manusia, daripada homo-sapien kepada manusia. Kebiasaanya rajah ini digambarkan dengan beberapa peringkat, peringkat permulaan biasanya manusia masih lagi berkerangkakan beruk atau kera, tidak berpakaian seperti binatang, hinggalah sampai pada satu peringkat, iya, pasti ada satu peringkat, homo sapien itu (atau apa sahaja yang mereka gelarkan) mulai memakai satu cebisan kain di celah kelangkang mereka, dan saya ini hanya mulai memikirkan sesuatu, siapa yang mengajarkannya menutup alat sulit mereka?
Adakah ini fitrah?
Peggy Brock ada menulis tentang ketelanjangan di kalangan orang asli di Australia sebelum kedatangan misionari-misionari Kristian ke sana dalam makalahnya yang bertajuk Nakedness and Clothing in Early Encounters Between Aboriginal People of Central Australia, Missionaries and Anthropologists, khabarnya di kalangan orang asli ada yang memakai pakaian namun pakaian yang dipakai mereka sebenarnya menyebabkan ketidakselesaan di kalangan misionari-misionari Kristian tersebut sekaligus mewujudkan sedikit ketegangan (tension) di kalangan mereka dan misionari. Jadi, kemungkinan daripada itu, apa yang saya dapat simpulkan, mungkin pakaian yang dipakai mereka agak terdedah, menyebabkan misionari-misionari itu merasakan ketegangan dan jika kamu tanyakan saya ketegangan apa tidaklah dapat saya jawabkan soalan tersebut.
Ada juga saya terbaca, khabarnya orang asli Australia ini adalah satu-satunya kaum yang tidak memakai apa-apa dalam menutup tubuh badan mereka. Namun ini tidak menafikan kaum-kaum asli lain yang masih menutup alat sulit mereka dalam berpakaian, seperti kaum asli di Papua New Guinea yang menutup zakar mereka dengan satu alat dipanggil koteka yang disangkutkan di pinggang mereka, atau penduduk kampung Bunlap di Pulau Pantercost yang terletak di Vanuatu dengan kain yang dililit menutupi zakar mereka bagi yang lelaki atau sepasang kain berbentuk skirt bagi wanita. Atau lihat pula lelaki-lelaki Swazi di bahagian Selatan Afrika suatu masa dahulu yang memakai suatu alat yang diperbuat dari kulit; hanya berfungsi untuk menutup zakar mereka dengan membiarkan bahagian lain terdedah. Inilah yang direkodkan oleh Barbara Tyrell dalam bukunya Her African Quest. Mungkin itu jugalah sebab dipaparkan King George, datuk kepada Nullah lakonan Brandon Walters dalam filem Australia itu menutup sebahagian daripada tubuhnya iaitu bahagian depan sahaja dengan meninggalkan punggungnya terdedah kepada angin. Mungkin itu cara mereka berpakaian? Entahlah. Mungkin mereka mempunyai cara tersendiri yang dalam berpakaian. Namun, yang nyata, rata-rata kaum orang asli di atas dunia ini majoritinya menutup alat sulit mereka. Kerana itu adalah fitrah.
Ini seperti yang diceritakan oleh Allah Azza Wa Jalla dalam surah Al-A'raf, ayat 20 apabila menceritakan bisikan syaitan kepada Adam dan Hawa dalam menghampiri pohon yang menyebabkan terdedahnya apa yang disembunyikan oleh mereka daripada alat kemaluan mereka berdua. Allah menggunakan kalimah 'سَوْآتِهِمَا ' (baca : sauāti hima). 'Sauāt' ini dalam bahasa Arab dieertikan sebagai alat sulit. Ini kerana ia berasal daripada rumpun kata sāa - yasûu, su', yang bermaksud menjahati, yang mana kata Hamka sepertinya manusia kurang senang atau malu apabila diperlihatkan orang atau memperlihatkan alat sulitnya kepada orang. Maka atas sebab itulah juga kita memanggil 'sauāt' ini sebagai kemaluan.
Kita menjadi kemalu-maluan apabila memperlihatkan kemaluan kita kepada orang lain.

Berbalik kepada cerita Tarzan.
Kadang-kadang saya juga terfikir, mungkin penulis atau pelukis cerita Tarzan itu menggambarkan Tarzan sebagai seorang lelaki yang melalui proses tumbesaran di dalam hutan bersama gorilla memakai seluar kecil berbentuk segitiga itu kerana tuntutan etika masharakat. Mana mungkin ingin disiarkan Tarzan bertelanjang bulat sedangkan filem itu filem kanak-kanak? Pelukisnya sendiri pun pastilah tidak ingin melukis alat sulit lelaki secara teliti dan disiarkan secara umum? Mungkin betul teori saya ini, mungkin juga tidak.Kerana kalau kita fikirkan secara jelas, tidaklah mungkin seorang manusia itu mampu menutup alat sulit mereka dalam keadaan ibu bapa gorillanya tidak memakai apa-apa; hanya ditutupi dengan kelebatan bulu mereka.
Namun adakah pakaian sedemikian diterima kalau dipakai di khalayak ramai? Separuh bogel ini masih lagi berpakaian, bukan?
Bagi saya ini, saya sama sekali tidak kisah anda mahu separuh bogel di mana- mana, atau di kawasan yang boleh memakai pakaian separuh bogel. Di pantai contohnya, mahu berbikini, berbikinilah. Atau jika anda mahu telanjang terus tanpa seurat benang, pergilah ke naked beach yang berdekatan. Secara jujurnya, bagi saya ini, jika anda adakan parti atau pesta bogel secara tertutup, tidaklah ada hak manusia lain untuk menghalang anda kerana yang hadir ke pesta anda itupun kesemuanya merelakan suasana perbogelan sesama mereka.

Tapi jika anda separuh atau sempurna bogel di tengah kota, saya tidak setuju.
Kerana kota itu kota untuk semua, bukan hanya untuk yang suka melihat orang separuh bogel macam anda. Benda ini tidak perlu masuk hak asasi, demokrasi, hak anda bebas bertingkah laku, rumit perbahasannya. Kalau anda katakan anda ada hak untuk separuh bogel di tengah kota, saya juga ada hak tidak membenarkan anda separuh bogel, kerana saya sakit hati melihatnya, saya sakit hati anak-anak saya melihatnya. Oleh sebab itu, saya berhak melempang awak. Tetapi awak pula mungkin mengatakan, apa hak saya melempang awak? See? Kalaulah perbentukan hak ini secara rambang, randomness, alam semesta yang terbentuk daripada random event, sepertinya tidak ada substansi terhadap hak itu. Siapa yang menetapkan kayu ukur sesuatu hak? Itu adalah punca permasalahan. Maka, saya simpulkan ini semua perbincangan yang tidak bertebing.
Saya ini berlatarkan agama saya Islam, dan saya merasakan separuh bogel di tengah kota itu menyalahi hak saya sebagai seorang penganut Islam yang menekankan etika dan moral dalam berpakaian. Sudah tentu anda tahu perkara ini bukan? Kalaulah agama saya tidak menekankan semua ini, tidak wujud pula wanita-wanita Muslim di luar sana yang berpakaian seperti tidak mengenal panas terik, bertudung litup, bukan? Sebenarnya boleh sahaja saya fahami, anda punyai latar yang tersendiri, akan tetapi, apa kata anda cuba untuk beradab apabila berada di kalangan manusia yang majoritinya menutup kulit daripada tatapan ramai walaupun dilitup oleh kain-kain ketat. Walaupun awak dalam keadaan ekstatik ingin menyambut perkahwinan, saya masih lagi tidak dapat menerima awak separuh bogel di tengah kota. Sekali lagi saya bilang, kalau anda ingin adakan pesta sempurna atau separuh bogel sekalipun, namun biarlah ia hanya di kalangan orang yang suka bogel di hadapan orang seperti anda, ditambah lagi dengan secara tertutup, tidaklah ada yang layak menghalangnya. Cuma jika anda umumkan separuh bogel atau bogel sempurna anda kepada umum, saya amat sekali tidak setuju.
Bukan semua manusia di Malaysia ini menerima anda separuh bogel di tengah kota. Saya tidak mewakili mereka, saya hanya mewakili diri saya sendiri. Saya tidak memerlukan suara majoriti untuk bersuara kerana saya bukanlah pencari simpati seperti mana-mana manusia lain yang menuntut hak-hak luar fitrah mereka dengan mencari simpati manusia lain. Saya bersuara kerana saya merasakan itu melanggar etika saya, seorang rakyat Malaysia yang membesar dengan memakai baju penuh apabila berada di kota.
Berbalik sekali lagi kepada kisah Tarzan si anak angkat gorilla.
Kepada Tarzan, anda kalau mengikuti Jane, memakai baju kemeja di kota, apa kata anda pulanglah ke hutan kembali. Orang-orang di kota ini sebenarnya mulai ingin berpakaian seperti anda. Apakata anda ajak emak gorilla anda memakai baju seperti kami dahulu, biarlah gorilla lebih cerdik daripada kami, kerana kami masih sibuk merangka hak asasi; asasi kami dalam menutup diri. Adakah kami patut bogel sahaja seperti emak kamu? Ah, tapi kami emak kamu masih lagi menutup dengan bulu-bulu. Kami bukanlah berketurunan lebat seperti kamu. Jadi mungkin kami akan berpakaian separuh bogel dahulu, apabila masharakat mulai menerima bogel sempurna, kalau kami masih hidup, kami pasti akan masuk ke Giant untuk membeli terung dan mayonis dengan berbogel. Tidak terbayang oleh saya kesejukan penghawa dingin meresap masuk ke dalam kulit saya nanti.
Semestinya menyeronokkan.
Semestinya menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment